dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Melugu, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas E-learning - eKelas dan Advokasi – Check Your Label, E-waste & Online Grooming

12 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Januari 2019, Pusat Internet Melugu telah mengadakan kelas E-learning iaitu eKelas, dan advokasi kepada ahli-ahli PI Melugu. Kelas ini diadakan bertujuan untuk menggalakkan penyertaan pelajar dalam portal eKelas dan mendidik mereka dengan keselamatan penggunaan internet.

Pelajar yang baharu menyertai eKelas ini digalakkan untuk mendaftar butiran diri supaya memudahkan proses mengakses portal pada masa akan datang. Pelajar diterangkan bahawa portal eKelas mempunyai bahagian-bahagian yang berbeza mengikut keperluan pelajar seperti laman utama eKelas, nota, eCikgu, perbincangan, blog, ganjaran dan lain-lain lagi. Peserta juga digalakkan untuk membuat latihan yang telah disediakan untuk menguji kefahaman mereka dalam sesebuah subjek yang terdapat dalam portal.

Selain itu, para peserta kelas telah didedahkan dengan slide Check Your Label dimana mereka digalakkan untuk membeli peralatan komunikasi yang mempunyai label MCMC/SKMM yang sah. Mereka dapat menyemak kesahihan label MCMC/SKMM dengan menggunakan aplikasi mudah alih Check Your Label atau melalui laman web yang disediakan. Para peserta turut didedahkan dengan pengetahuan tentang apa itu e-sisa, punca dan kesan daripada pelupusan e-sisa yang tidak sistematik. Peserta turut dididik dengan tayangan video mengenai online grooming untuk memberi kesedaran kepada mereka agar menggunakan gajet secara berhemah dengan pengawasan daripada ibubapa.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.